M I S S E Z Z A T I E
HOME ABOUT STUFF DASHBOARD follow




Hi, Assalamualaikum. I'm Izzati, sweet 18. DONE SPM THIS YEAR! Alhamdulillah.. Thanks Allah. Thanks for visit;


DE' PAST







SPM, DONE! ALHAMDULILLAH
Monday, December 7, 2015 | 1 comment(s)

Assalamualaikum....

HOOORRRRAAAYYYY. GRADUATION DAY!

Hari ni, 7 DISEMBER  2015, dah genap SEMINGGU selepas SPM saya habis Isnin yang lepas, 30 NOVEMBER 2015. hehehe.. Alhamdulillah. Barulah rasa bebas sikit, boleh tengok movie lama-lama, baca novel yang bergunung tu, dan at least exercise setiap pagi yang mana saya sendiri memang pun malas nak bersenam pagi-pagi even cuti pun. hahaha.. Ok! Now I'm officially jobless. Just saying~~


Maaflah ya kepada para followers yang ada gak tanya bila lagi nak update post. Sebenarnya, saya berhenti kejap berblogging tahun ni. Pertama, saya malas nak buka laptop. Kedua, saya tak tahu nak tulis apa. Ketiga, saya dah rasa tak ada passion nak berblogging ni. dan Keempat, saya nak fokus pada study saya. dan kalau tengok alasan tu, macam yang pertama tu je kot yang betul. Yang keempat tu macam poyo pulak.. kahkahkah.. Oh ya, kalau ada nampak saya comment, tinggalkan jejak kat cbox korang tu, saya just datang lalu je ya. Ada gak saya terasa nak join Giveaway yang korang buat tu, tapi tak sempat pulak nak update post. Ada sesetengah yang saya bookmark kan, tapi yelah, kekadang terlupa. Then, datanglah rasa malas nak bukak laptop, akhirnya tak adalah join.. haha.. Sorry ya gais!



Lepas SPM ni, masih tak ada plan pun nak pergi mana-mana lagi, keluar jalan-jalan ataupun nak pergi cari kerja ke. Masih rasa nak duduk rumah, menikmati kejap kebebasan yang baru dapat ni. Relax lah, chill.. Tapi kan, serious talk memang terasa BOSANNYA bila kat rumah, bila dah takde homework nak buat, tak de buku sekolah  nak dibaca dan tak ada apa-apa soalan yang nak ditanya kat kawan tentang addmath ke, chemist ke. Memang rasa lifeless giler. Baru seminggu kot SPM habis. Dah rasa macam berbulan kat rumah. haha... Hanya Allah je yang tahu perasaan ini. Lepas ni, mungkin ambil lesen dulu kot. Then, tengoklah macam mana seterusnya. Actually, tak ada plan pun nak buat lepas habis SPM. Memang tak ada matlamat betul kan saya ni. Hurm... ^^


OH YA! DAN KALAU KORANG ADA GIVEAWAY OR EVENT YANG SEDANG BERLANGSUNG, TINGGALKAN  COMMENT ATAU TULIS JE DEKAT CBOX. TQ GAIS!
LOVE  YA, XOXO~