M I S S E Z Z A T I E
HOME ABOUT STUFF DASHBOARD follow




Hi, Assalamualaikum. I'm Izzati, sweet 18. DONE SPM THIS YEAR! Alhamdulillah.. Thanks Allah. Thanks for visit;


DE' PAST







Anggur Pelangi : Apakah ia?
Thursday, January 8, 2015 | 1 comment(s)


Google image

Sejak tersebarnya gambar-gambar mengenai anggur pelangi ini, keunikan buah ini mengundang pelbagai tanda tanya. Adakah gambar tersebut diedit atau ia memang nyata? Tambah pula dengan zaman sekarang penggunaan teknologi pengolahan gambar seperti Photoshop sangat meluas.

Sebenarnya, anggur itu berwarna-warni seperti di dalam gambar tersebut disebabkan oleh ia sedang mengalami tahap pematangan. Atau dalam dunia sommelier, anggur seperti ini disebut sebagai Veraison. Perkataan itu sendiri berasal daripada perkataan Perancis. 

Pada awal Veraison, buah anggur muda mempunyai warna sangat gelap dan bertekstur keras seperti batu kecil. Setelah memasuki tahap Veraison atau permulaan buah masak, kulit anggur akan serta merta mengalami perubahan warna. Pada tahap inilah terjadinya anggur pelangi tetapi warna-warna berkenaan tidak akan kekal lama. Selepas melewati fasa Veraison, semua anggur itu akan berubah ke warna yang sama seperti ungu, merah atau hijau.  

Perkara ini terjadi mungkin disebabkan oleh klorofil (chlorophyll) dalam kulit buah tersebut. Veraison juga dipercayai tidak akan berlaku seragam di antara semua anggur. Hanya kelompok yang paling terdedah kepada panas sahaja akan lebih cepat melalui fasa tersebut. 

Sebab itulah kita tidak pernah melihat buah anggur pelangi dijual di mana-mana pasar raya sejak dahulu lagi. 
Memang menarik bukan?

SUMBER ; Majalah INFINITI