M I S S E Z Z A T I E
HOME ABOUT STUFF DASHBOARD follow




Hi, Assalamualaikum. I'm Izzati, sweet 18. DONE SPM THIS YEAR! Alhamdulillah.. Thanks Allah. Thanks for visit;


DE' PAST







Preview Filem The Hobbit: The Battle Of The Five Armies
Monday, December 22, 2014 | 0 comment(s)


Assalamualaikum..


Semalam pergi tengok wayang dengan family kat GSC Movie One Utama. Jarang betul dapat pergi jalan-jalan dengan family setiap weekend. Kitorang semua pakat nak tengok The Hobbit: The Battle Of Five Armies.  Saya memang follow up movie ni daripada yang pertama lagi. Dan sequel ni yang ketiga dan rasanya yang terakhir. 


Jenis Filem: Adventure | Fantasy
Tarikh di pawagam: 18 Desember 2014
Penerbit: Warner Bros. Pictures
Pelakon Utama: Martin Freeman, Benedict Cumberbatch, Evangeline Lilly, Richard Armitage, Manu Bennett, Orlando Bloom, Cate Blanchett, Lee Pace, Luke Evans, Ian McKellen
Pengarah: Peter Jackson 
Masa tontonan : 144 minit


The Hobbit ni mengisahkan pengembaraan seorang Hobbit bernama, Bilbo Baggins yang mengikuti seorang ahli sihir Gandalf dan sekumpulan Dwarfs diketuai oleh Thorin Oakenshield untuk membantu mereka menuntut semula tanah air Dwarves Kingdom of Erebor. Sequel yang ini menunjukkan yang mereka berlawan dengan musuh-musuh mereka untuk mempertahankan Gunung Erebor.

Kalau nak tahu lebih lanjut, jangan lupa ke pawagam. Best juga tengok cerita fantasy macam ni..