M I S S E Z Z A T I E
HOME ABOUT STUFF DASHBOARD follow




Hi, Assalamualaikum. I'm Izzati, sweet 18. DONE SPM THIS YEAR! Alhamdulillah.. Thanks Allah. Thanks for visit;


DE' PAST







Lost World Of Tambun - Mandi Manda
Wednesday, November 26, 2014 | 0 comment(s)

Assalamualaikum.. 

Yup. Hari Ahad hari tu saya pergi mandi manda kat Lost World of Tambun, Perak. Tapi tidur sanalah sehari kat Lost World Hotel. Petang selepas ketibaan yang berhormat (iaitu kami), kitorang terus pergi theme park dia, mandi manda. Di Lost World tu bukan setakat ada tempat mandi je macam kat Wet World, Shah Alam. Tapi ada sekali macam fun fair kecil-kecilan macam roller coaster, pastu yang kapal bahtera yang hayun turun naik tu, dan ada lah lagi. Hurm.. Tak tahu macam mana nak terangkan.. Then, ada tempat nak bagi makan kat haiwan, boleh buat aktiviti climbing macam aktiviti lasak, dan yang paling menariknya ada kolam air panas. Tu yang syiok tu! Semuanya ada dalam Lost World tu. Memang berbaloilah pergi sana. Kolam air panas tu yang best. Tak pernah pun kita pergi berendam kat situ. Dapat juga merasa. 

Ni ha! Belanja sikit gambar kat sana. Tak banyak pun gambar.. 



Hari Isnin tu pulak, dalam tengah hari saya pergi naik Cameron Highland kejap. Alang-alang dekat, singgah lah kejap. Pergi sana just makan strawberry dan beli sayuran-sayuran. Dah biasa sangat pergi Cameron Highland, so tak payah nak singgah lama-lama pun takpe.. haha.. Ha! Dekat Cameron Highland tak de gambar ye ..