M I S S E Z Z A T I E
HOME ABOUT STUFF DASHBOARD follow




Hi, Assalamualaikum. I'm Izzati, sweet 18. DONE SPM THIS YEAR! Alhamdulillah.. Thanks Allah. Thanks for visit;


DE' PAST







Esok Freedom!!
Thursday, October 30, 2014 | 0 comment(s)



Assalamualaikum.. Jyeah.. Tomorow is the day!.. Ya Allah rasa tak sabar gilerr nak habis exam akhir tahun ni. Bukan apa. Sebulan ni memang rasa stress betul. Rasa macam terlalu banyak paper yang kena ambil. Terlalu banyak perkara yang kena baca. Terlalu banyak subjek yang melemaskan.. Tapi saya tahu tanggungjawab seorang pelajar ialah belajar dan belajar bersungguh-sungguh agar kejayaan yang dimiliki berbaloi dengan usaha. Tapi kadang-kadang kita rasa penat juga kan.. Tak salah saya nak rasa freedom sikit.. Lepas ni bolehlah rehat-rehat goyang kaki tengok citer koreaaaa... hahaha..

Sejak akhir-akhir ni minat betul kita dengan cerita korea. Haih! Terpengaruh dengan kawan lah ni.. Saya memang senantiasa dikelilingi oleh kawan-kawan yang minat kpop dan anime. Kalau lepak dengan diorang memang tak de citer lainlah selain kpop dan anime. Tapi saya bukan sampai tahap obses k. Saya suka tengok drama diorang je. Sekarang ni tengah sangkut dengan cerita My Lovely/Lovable Girl. Hahaha.. Saya mengaku sekarang ni.. 

Exam esok ialah amali kimia je.. Amali kimia ni baru diwujudkan tahun ni. Amali ni ganti paper 3 untuk semua subjek sains.. Biologi, fizik dan kimia. So, start SPM tahun depan paper 3 untuk tiga subjek tu dah tak adalah.. Tahun ni batch terakhir untuk SPM.. Faham kan?.. haha.. So wish me luck tommorow. Nervous gak ni.  Sebab kita tak tahu macam mana soalan yang akan ditanya nanti. Harap-harap tak delah memeningkan sangat macam paper lisan.. Tak nak lah kena dera otak ni untuk last paper esok. hehehe.. 

Bila kamu tak tahan lelahnya belajar,
maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan
-imam syafie-