M I S S E Z Z A T I E
HOME ABOUT STUFF DASHBOARD follow




Hi, Assalamualaikum. I'm Izzati, sweet 18. DONE SPM THIS YEAR! Alhamdulillah.. Thanks Allah. Thanks for visit;


DE' PAST







PROFESOR DIRAJA UNGKU ABDUL AZIZ
Saturday, February 22, 2014 | 0 comment(s)




NAMA : Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid
LAHIR : 28 JANUARI 1922 di London

Ungku Aziz merupakan tokoh yang berketurunan raja Johor. Beliau banya menyumbang dalam bidang pendidikan dan ekonomi negara. Beliau berkahwin dengan Sharifah Azah Aziz dan dikurniakan anak perempuan, Y.M. Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Malaysia sekarang.

Bapa Ungku Aziz, Ungku Abdul Hamid merupakan seorang leftenan dalam pasukan tentera Timbalan Setia Negeri Johor. Ayahnya seorang yang pintar dan pernah belajar di Universiti Cambridge dan boleh menguasai bahasa Parsi, Arab dan SanskritIbunya bernama Hamidah Abdullah, berbangsa Turki yang beragama Islam. Ketika Ungku Aziz berumur dua tahun, ibu beliau telah meninggal dunia dan beliau dibawa pulang ke Tanah air oleh datuknya Ungku Abdul Majid.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Bahru, kemudian di Sekolah Bukit Zahrah dan seterusnya di English College, Johor Bahru , Sekolah Melayu Batu Pahat. Kemudian menyambung pengajiannya di Raffles College, Singapura dan di  Universiti Malaya, Singapura.Kemudian pada tahun 1964, beliau mendapat Ijazah Doktor Falsafah(PHD) dalam bidang ekonomi di Universiti WasedaTokyo.

Ungku Abdul Aziz dilantik sebagai  Naib Canselor Universiti Malaya dari 1968 hingga 1988. Beliau juga merupakan pengasa ANGKASA ( Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia) dan Yang Dipertua ANGKASA. Beliau juga yang mengasaskan Universiti Malaya. Ungku Aziz banyak menjadi pengarah dan pengurus untuk syarikat-syarikat besar di Malaysia seperti Pengerusi Cosmopoint Sdn Bhd, Pengarah PLUS Expressways Berhad, Pengarah PLUS Berhad dan banyak lagi. 

Ungku Aziz telah memenangi banyak anugerah dan gelaran di Malayisa dan Tokyo, Jepun. Beliau dianugerahkan gelaran Profesor Diraja Ekonomi (Pembangunan Luar Bandar) pada tahun 1978. Beliau juga mendapat anugerah 'Tokoh Koperasi Negara(2002)', 'Tokoh Maal Hijrah(1997)', 'Anugerah Melayu Terbilang(2005)', 'Tokoh Ekonomi Melayu(2005)', 'Anugerah Akademik Negara(2007)', juga di Tokyo beliau memenangi hadiah 'International Academic Prize of The 4th Fukuoka Asian Cultural Prizes 1993 oleh the City of Fukuoka'.


ANTARA SUMBANGAN PENTING OLEH PROF DIRAJA UNGKU AZIZ
  1. Yang Dipertua, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) (Mac 1971)
  1. Ahli Lembaga Pengarah, Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad (KKUM) (1968) , (Pekanbuku).
  2. Fellow Kehormat, Institut Sosial Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (1.10.2005 - 30.9.2008)
  3. Ahli Majlis Tadbir Urus, Pusat Pengajian Kewangan Islam Antarabangsa, Bank Negara Malaysia (INCEIF Governing Council) (2006-2009)
  4. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi membantu bumiputera menikmati agihan kekayaan negara serta Majlis Perundingan Ekonomi Negara (Mapen) II.
  5. Pencetus idea penubuhan Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LTH)
  6. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
  7. Mengasaskan Universiti Malaya
  8. mencetuskan idea Akademi Islam
  9. mencetuskan idea Pusat Asasi Sains
  10. Pengerusi Cosmopoint Sdn Bhd (25.9.1995)
  11. Pengarah PLUS Expressways Berhad (11.3.2002)
  12. Pengarah PLUS Berhad (9.9.1988)