M I S S E Z Z A T I E
HOME ABOUT STUFF DASHBOARD follow




Hi, Assalamualaikum. I'm Izzati, sweet 18. DONE SPM THIS YEAR! Alhamdulillah.. Thanks Allah. Thanks for visit;


DE' PAST







2014 In The House
Wednesday, January 1, 2014 | 1 comment(s)




Alhamdulillah
Tahun 2013 telah pun melabuhkan tirainya.
Selamat tinggal sayang!
Banyak kenangan yang terindah dan bermakna pada tahun 2013.

Ha!! Apa azam korang tahun ni?
Harap bukan yang merapu eh..
Tanamlah azam yang baik, dan laksanakan azam tu selagi termampu.
Hari ni semua orang sibuk citer pasal azam diorang, naik muntah tengok azam diorang satu-satu kat laman sosial. haih! Zaman dah berubah.

Azam saya tahun ni, of course lah macam budak-budak lain, struggle untuk SPM next year. Dah tak nak main-main dan berfikiran matang sikit. Tapi, sekarang ni tengah tunggu keputusan MRSM dan SBP untuk form 4. Mana tahu rezeki dapat, kan! Mintak-mintaklah, amin~ Kalau tak dapat tak perlah..

Saya rancang, kalau saya tak dapat asrama mana-mana, saya nak mulakan business online kat instgram. In Sya Allah! Sebenarnya dah lama rancang, tapi sebab PMR dan dah nak dekat hujung tahun kan. Simpanlah dulu rancangan tu. Tapi, mana tahu perancangan Allah yang lebih baik. Kalau saya dapat asrama, saya akan mulakan business online tu lepas SPM. Nak jual apa tu, masih secret! hehe.. hmm.. Ini pun termasuk dalam azam saya!

Apa-apapun,
SELAMAT TAHUN BARU 2014!!!