M I S S E Z Z A T I E
HOME ABOUT STUFF DASHBOARD follow




Hi, Assalamualaikum. I'm Izzati, sweet 18. DONE SPM THIS YEAR! Alhamdulillah.. Thanks Allah. Thanks for visit;


DE' PAST







~Sesak Nafas~
Tuesday, December 3, 2013 | 1 comment(s)



Rasa tak boleh nak bernafas bila terfikirkan yang keputusan PMR DAH NAK DEKAT.. Desas-desus mengatakan keputusan keluar 10 Disember, iaitu minggu depan! (Sumber: Berita Astro Awani)  YA,ALLAH!! Saya dah tak boleh nak berfikir, and kadang-kadang hilang selera makan.. Kalau saya tengah nervous, saya akan berpeluh dan hilang selera makan.. hehe

Saya sentiasa mendoakan, apa pun keputusannya, saya tenang dan tabah ketika mengambil keputusan tu.. Tapi, dalam kekalutan tu, saya juga ada perasaan tak sabar nak ambil keputusan tu.. Tak sabar nak tengok tangisan kegembiraan kawan-kawan yang berjaya. Rindu nak ke sekolah..

Agak-agaknya, mesti ada banyak cerita yang kawan-kawan saya yang kalut dan poyo nak diceritakan..hahaha.. I really miss them..

Semasa di tingkatan 3ARIF 2013 adalah kelas saya yang paling sporting dan happening dan best dan awesome sepanjang saya hidup.. Mereka mengajar saya untuk tak berasa malu apabila dikhalayak ramai, dan kenal erti persahabatan.. Tak sabar rasanya nak jumpa diorang!! haih! Tenang-tenang...

Ya Allah, semoga Nur Izzati Mohd Shahrol mendapat keputusan yang beliau harapkan nanti. Tenangkahlah hatinya dan tabahkanlah hatinya untuk menerima keputusan PMR nanti. Semoga Kau memberikan kesihatan tubuh badan padanya. AMIN YA RABBAL ALAMIN

THANKS YAAALLLSSSS~